Selasa, 19 Oktober 2010

NEW FACES

Gua mula meluat dengan keadaan sekarang. Masing-masing cuba membuktikan dan bercerita bahawa si dia-dia dan si anu-anu itu tidak boleh dipercayai. Segala keburukan orang lu orang cerita. Maybe niat korang baik untuk menasihatkan gua supaya jangan mempercayai sesetengah orang dekat sini. Tapi dengan cara ini lu orang juga membuka pekung lu orang sendiri.

Ok, gua appreciate apa yang lu orang semua buat, tapi gua ada cara gua sendiri untuk menilai orang, dan apa yang lu orang cakap tu gua tak akan buang tapi gua akan jadikan rujukan.

Hari ni hari pertama gua bekerja kat tempat baru. Macam-macam perangai gua tengok dekat sini, tapi gua tak berhak lagi menilai lu orang semua. Ok, melalui first sight gua anggap lu orang semua sebagai sampah. Jangan salah anggap, ini cuma first sight gua ok. Maybe esok-esok persepsi gua akan berubah. Terpulang kepada macam mana lu orang tunjukan perangai korang.

Ok, story gua agak melalut. So apa yang gua tonjolkan kat sini. Maybe gua banyak masa terluang kot.


p/s: Cinta gua makin hampir, tapi gua janji kat lu orang blog ini tak akan jadi novel cinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan