Isnin, 31 Januari 2011

NASI LEMAK MENYENGAT, NESCAFE BERBUIH HALUS SEHALUS KEPALA HARITH ISKANDAR

Apa kejadah bil Astro ada 6% goverment tax? Apa kes KWSP dah jadi 11%? Kenapa Goverment tax untuk restoran-restoran naik 3%? Ni gua belum cerita pasal minyak lagi. Dari minyak kereta sampai la ke minyak tanah. Belum masuk pendapatan per kapita negara, subsidi, harga air, letrik, teh tarik lagi...

Haish..

Gua jadi buntu.

Gua teringat kisah masa gua kat kolej dulu. Dapat duit MARA pagi petang habis. Takat makan megi tu dah kira menda biasa. Nak tambah luar biasa makan megi siap ada telur yang masak pakai kuali. Kalau tahap biasa-biasa makan megi rendam dengan air panas. Kadang-kadang megi gua kena rembat dengan housemate gua. Sampaikan ubat ketiak gua dia sapu dekat ketiak dia.


Tak pe bro, sekarang kita susah, esok-esok sapa tahu nasib kita. Ye dak?

Kata-kata azimat kawan baik gua dulu. Tapi gua tengok sampai sekarang gua hidup susah. Serius memang susah. Mana nak bayar hutang belajar, hutang kereta, hutang kawan-kawan, bil-bil rumah. Ni belum kira nak menyimpan untuk cukai jalan kereta, nak servis kereta, ASB, tabung haji, nak bawak mak ayah makan kat tempat best-best, nak menyimpan untuk nak kahwin. Ye, gua teringin nak kahwin. Biasa la kan, takkan sampai ke tua nak tembak dinding jek. Sekarang gua tengok nak kahwin bukan sikit-sikit punya belanja. Mau makan puluh-puluh ribu. Dengan duit hantaran, barang-barang hantaran, barang kemas, kenduri, mak andam, budak kompang, tukang amik gambar, tok kadi. Semua tu duit. Ye duit, bukan daun kering ataupun bulu ketiak Mutusamy Kurupiah. Kalau gua hidup kat Amerika nun tak pe. Tak yah kahwin pon boleh.

Haish..

Hari ni bersamaan 31 Januari 2011. Duit dalam poket gua tinggal RM50.


p/s: Korang ada tak kenal mak datin mana-mana. Gua rasa gua nak jadi gigolo la.

Rabu, 12 Januari 2011

VIDEO CUT TARI DAN LUNA MAYA THREESOME DENGAN ARIL

So macam mana dengan tajuk entry gua kali ni. Kalau keluar dekat Google mesti ramai orang click kan.

Selasa, 4 Januari 2011

MALAM

Gua rasa malam ni gua sangat rajin. Gua rasa kalau gua study malam ni mesti exam karang gua dapat result paling gempak. Tapi, gua pilih untuk update blog gua. Malam ni dekat area rumah gua hujan turun renyai-renyai, tak lebat dan tak pulak reda hujan ni. Satu keadaan paling disukai oleh pasangan yang baru berkahwin. Bagi gua ianya sekadar waktu paling syok untuk tidur. Yela kan, sejuk jek. Gua bukan ada bini pon, gua orang bujang. Tidur adalah pakerjaan palinb syok bagi golongan orang-orang macam gua ni. Lain la kalau gua ada bini, macam-macam yang gua boleh buat.

Ok, jauh dah terpesong.

Apa yang cuba gua highlight kan dekat sini bukan lah preview bagi game EPL, tapi situasi gua malam ni. Gua rasa gua dalam keadaan paling hina. Apa yang hinanya. Ni yang gua nak story.

Sebenarnya gua tak tahu samada gua nak update blog atau tido. Tolong bagi pandangan ye..

P/S: Gua dah ada makhluk peneman yang gua nak nama kan dia dalam blog gua ni sebagai pari-pari kecil.