Khamis, 30 September 2010

PESANAN UNTUK SI BARUA

Kenapa masyarakat Malaysia ini masih berada dalam tempurung dan terperuk dalam minda mereka sendiri? Gua jadi tak paham. Kenapa masih lagi menilai orang cuma dari luaran? Kenapa perlu memandang kepada cara pakaian dan pergaulan? Salahkah jika seseorang itu berambut botak dan berseluar skinny? Dan kenapa jika Skinhead atau Punk perlu dilabel terpesong, tiada hala tuju dan hanya makan sampah. Kamu-kamu yang melabel ini pernah bergaul ke dengan mereka-mereka yang kamu label sebagai remaja yang rosak? Gua akan guna quote yang common gila dalam dunia kita hari ini. "Dont judge the book by its cover", yang bermaksud jangan menilai seseorang dari luaran sahaja. Bagi gua, tiada siapa yang berhak menilai diri seseorang melainkan diri dia sendiri. Tenang bagi gua kalau masih mahu menilai tapi perlukah penilaian itu disebarkan dan dikabarkan sebagai sifat sebenar seseorang itu walhal kamu tidak pernah sekali pun lepak 'ngeteh' dengan dia. Kamu menjadi bangga jika kamu dapat menjatuhkan maruah seseorang. Kamu menjadi bangga dengan sifat dan pemikiran yang mengatakan kamu itu adalah sempurna. Buat pengetahuan kamu yang lebih selesa gua gelar sebagai barua. Tiada siapa yang sempurna. Sedangkan agung kita yang setiap kali disebut duli yang maha mulia itu sekali pun berak keluar tahi dan bukannya emas.

Gua ade 1 ayat untuk barua-barua semua. Lu nak buat apa sekali pun buatlah. Jangan kacau hidup orang lain selagi diorang tak kacau hidup lu.

Ahad, 26 September 2010

TOP 5 MOST HATED THINGS HAPPENS IN THIS WEEK

1. Someone yang berpangkat salah tafsir kata-kata gua dan penyebab 1 ofis gua bergegar, (baca entry sebelum ni). Malas gua nak layan orang yang gila kuasa.

2. Gua dapat tahu yang claim gua tak masuk bulan ini. Pihak finance cakap sebab nak raya diorang tutup awal application so gua dah terhantar lambat. Then, claim-claim gua yang sebelum ni ape cer? Yang bulan-bulan lepas punya kenapa tak masuk lagi?

3. Krisis diantara sahabat-sahabat baik. Gua terpaksa jadi orang tengah untuk meredakan keaadan, dan gua terpaksa mengabiskan duit untuk menyelamatkan sebuah persahabatan.

4. Chelsea kalah dengan Manchester City. WTF!!

5. Dan kali ini macam biasa. Gua lonely...

Jumaat, 24 September 2010

FACEBOOK

ok. apa korang rasa tentang facebook? adakah facebook ini boleh mengugat sesebuah organisasi? member gua pernah bagitahu kat gua jangan letak gambar bukan-bukan dalam facebook. sebab zaman sekarang ni kalau kite apply kerja dekat mana-mana, diorang akan bukan facebook kita melalui email yang kita bagi dekat diorang. dari situ diorang boleh dapat tahu lifestyle dan perangai kita. bab tu gua sokong. tapi bagi gua cara tu memang tak professional. tak patut la kita nak menilai seseorang itu melalui facebook. banyak lagi kot cara yang gua rasa boleh dipakai. kehidupan peribadi rasanya tak perlu dicampurkan dengan kerja. so menilai melalui facebook ni gua rase memang super nonsence. ok...gua ulang lagi sekali untuk menegaskan ayat gua tu. super nonsence.

dan nak jadi interesting lagi apabila korang dah mula bekerja dan korang post something dalam facebook contohnya macam korang pesan dekat kawan-kawan office korang tentang tarikh kemasukan gaji. macam korang cakap esok tak gaji lagi, dan bos korang pon baca dan mengamuk dalam facebook korang. korang cuba nak jelaskan dalam facebook korang tapi bos korang still tak boleh nak terima. gua rasa macam ada persoalan yang gua nak mintak korang bebankan kepala otak korang untuk fikir sama-sama ngan gua.

gua nak tanya. apakah itu facebook? ok..menurut wikipedia facebook adalah sebuah 'social networking'. so social networking pulak membawa maksud sebuah laman online atau platform yang memfokus dalam membina hubungan antara masyarakat yang mempunyai minat atau pendapat yang sama. tugas utama dalam social networking ni dalah untuk menghubungkan contohnya seperti rakan-rakan sekolah lama dan....ok gua malas nak taip banyak-banyak. korang klik sini untuk tahu lebih lanjut.

sekarang ni gua nak tanya apakah itu tugas facebook. melalui apa yang telah diterangkan oleh wikipedia, gua rasa facebook ini adalah tempat kita untuk berhubung dengan rakan-rakan, atau lebih advance lagi gua rasa tempat untuk kita mencari bisnes.

berbalik pada statement yang gua bagi contoh pada awal penulisan gua tadi. gua rasa contoh tu sudah jelas nyata dan terang atau orang-orang melayu kita dulu cakap sudah terang lagi bersuluh, cuba berhubung dengan rakan-rakan sepejabat tentang nak beritahu tentang info yang dia dapat tentang tarikh kemasukan gaji.

so persoalan dia; kenapa yang ada certain orang yang rasa benda tu salah dan boleh menjatuhkan integriti sesebuah organisasi. ok...kalau dulu memang la kalau kita nak bagi info kat lain-lain kita kena buat memo atau kena jumpa setiap sorang atau lebih moden telefon setiap seorang. tapi memandangkan telah terwujudnya social networking ni dan hampir kesemua rakyat malaysia mempunyainya gua rasa lebih senang kita sekali taip dan semua orang dapat info. mudah dan takkan ada tokok tambah dalam info yang kita ingin sampaikan.

lagipun apa yang cuba disampaikan cumalah 1 info yang sedikit pon tidak menyentuh tentang masalah dalaman atau keburukan organisasi tersebut. cuma sebuah info dan perhubungan antara rakan-rakan sepejabat.

gua rasa benda ni akan menjadi masalah bila orang-orang yang boleh gua katakan gua pemikiran agak kolot cuba adopt menda-menda ni dalam kehidupan diorang. seperti member gua pernah cakap "inilah akibatnya bila orang tua main facebook". Bagi gua memang tak salah kalau golongan-golongan ni nak berfacebook jugak. tapi tolonglah paham cara orang-orang muda zaman sekarang ni. mereka ini lebih liberal dan straigt foward. tolong faham dulu cara meraka bercakap dan cara mereka bergaul. zaman dulu dan sekarang ni memang tak sama. dah banyak yang berubah. dan jangan ingat kamu-kamu itu lebih berusia dan berpangkat kamu boleh nak control anak-anak muda zaman sekarang ni. anak-anak muda zaman sekarang bukannya seperti kamu-kamu dulu. hanya mengikut dan tunduk je dengan arahan. tidak, meraka sekarang ini sangat liberal, jangan nak main politik dengan golongan seperti ini. kerana politik adalah mende yang paling dibenci. sedikit info: politics berasal dari perkataan poli yang bermaksud lebih daripada satu dan tics iaitu sejenis pepijat yang menghisap darah. dan bila digabungkan membawa maksud penghisap darah yang banyak ataupun poli yang membawa maksud lebih dari satu dan tricks iaitu tipu helah. jika digabung kan ia akan bermaksud tipu helah yang banyak. Sasterawan negara Othman Awang pun pernah menulis pantun tentang politik. lebih kurang berbunyi bergini, "siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri". ok...jauh dah tersasar.

kepada pakcik-pakcik yang belum memahami cara orang muda sekarang ataupun pemikiran yang masih 20 tahun kebelakang tolonglah, kami tidak macam kamu, jangan sibuk-sibuk ditempat yang kamu tidak tahu tujuan dan fungsinya dan jangan emosi sangat dengan apa yang kamu tidak pasti. tolonglah berfikir diluar kotak. letakkan diri-diri kamu itu ditempat orang lain dan baru mula berfikir. jangan kolot sangat. tolonglah buang cara pemikiran yang lama yang dah tidak relevan. you cannot control everything eventhough you have the power to control. aiceh...sedap pulak bunyinya..


p/s: kepada En. Mohd Azley Arif, lu memang pukimak!!

Selasa, 21 September 2010

KISAH SULAIMAN TOBA (versi ber tatabahasa)

Kali ni gua nak cerita tentang seorang makhluk ciptaan tuhan yang bernama Sulaiman Toba. Siapakah beliau ni. Ni yang nak cerita.

Sulaiman Toba seorang yang sangat liberal. -sila google untuk siapa yang tak tahu apa itu liberal-

Kembali kepada tajuk.

Sulaiman Toba tidak suka dikekang. Cakap kedua orang tuanya selalu diendahkan. Bagi dia, dia sendiri yang menentukan corak kehidupan dia. Sebab hidup ini cuma sekali. Bak pepatah sang kolonial "Live the life to the fullest cause it only once". Bahkan dia juga sangat anarkis. -sila google lagi- Selalu sahaja memberontak. Mungkin memang sudah mengalir darah pahlawan melayu dalam diri dia.

Sulaiman toba ingin berubah. -Kejap, ni dah terlampau kehadapan- Ok, kembali ke zaman remaja dia.

Dia sangat liar. Segala kejahatan penah dilakukan. Sebut sahaja apa. Semuanya sudah tertulis di dalam diari kehidupan dia. Dari sekecil-kecil dosa hinggalah sebesar gunung.(Tidak perlu nyatakan apa yang pernah dibuat, pandai-pandailah korang nak tafsirkan sendiri).

Pada zaman remaja nya dia pernah bercinta dengan seorang gadis 'punk' -sila wikipedia untuk tahu apakah itu 'punk girl'- Dari situ sahaja kita boleh menilai bahawa Sulaiman Toba tidak pernah memikirkan langsung tentang masa depan dia. Cuma mahu keseronokan dunia. Tapi bila dikecewakan dia mula menyalahkan kehidupan. Katanya "kehidupan ini penuh dengan kepura-puraan. Semuanya dekat bila hanya memerlukan", tapi dia tidak tahu bahawa dia juga tergolong dalam golongan yang disumpahkan.

Ok..rasa macam tidak seronok pulak kalau tidak cerita kejahatan Sulaiman Toba. 5 dosa besar yang pernah dilakukan: 1. Meminum arak. Katanya tidak 'urban' la kalau tak mabuk-mabuk. 2. Seks bebas. "Hidup ini perlu seronok, rasa dulu selagi boleh rasa, besok-besok dah tua tak boleh nak buat pulak". Kata Sulaiman Toba penuh angkuh. 3. Dadah. Katanya untuk melepaskan stress dan ingin mencari ketenangan. Walhal banyak lagi cara boleh digunakan. 4. Free thinker -sila wikipedia ye kawan2- 5. Membunuh. Kejadian itu memang tidak disengajakan, cuma untuk membela diri.

Yang kecil-kecil tidak perlu la nak dinyatakan disini, kerana yang diatas pon dah cukup memalukan dia. Post ni bukan nya untuk mengaibkan Sulaiman Toba, tapi cuma memberi kisah untuk kita semua hayati dan jadikan tauladan.

Kembali kepada cerita Sulaiman Toba. Selepas putus hubungan dengan gadis 'punk' Sulaiman Toba kembali bercinta dengan gadis biasa-biasa. Gadis ini mula menyedarkan dia tentang kejahatan yang selama ini dilakukan. Sulaiman Toba mula insaf. Sedikit demi sedikit dia mula berubah. Kembali ke jalan yang benar. Dia tidak lagi melakukan perkara-perkara sumbang. Dia mula ingin mejadi manusia. Sebelum ini mungkin agak kebinatangan sikit. Ok, itu cuma gurauan. Boleh gelak ramai-ramai. HAHAHAHA..(perlu kah?)

Tapi still dia dikecewakan. Makhluk yang bergelar wanita cuma mahukan dia untuk penghilang kesunyian. Sulaiman Toba kembali ke kancah durjana yang dia sendiri cipta. Menyalahkan ketidakseimbangan dunia atas semua kesilapan yang dilakukan. Dia sudah menjadi liar semula. Katanya buat baik macam mana sekali pun dunia masih mempermainkan nya.

Setelah dikecewakan berkali-kali akhirnya Sulaiman Toba tidak mempercayai apakah itu yang digelarkan CHENTA. Baginya semua itu cuma khayalan dan carutan manusia yang cuma mahukan sesuatu.

Tapi semua itu adalah kisah-kisah dia dahulu. Sekarang Sulaiman Toba sudah insaf, dan dia sedar bahawa semua yang terjadi adalah dari kecetekan akal fikiran dan ketidak matangan pemikiran dia sendiri. Sulaiman Toba sudah lama meninggalkan aktivikti dia yang tidak bermoral. Dia sudah benar-benar insaf. Cuma mahukan pebimbing dan seseorang yang boleh membawa dia ke jalan yang benar.

Sekarang Sulaiman Toba sedang mencari cinta. Berjayakah dia untuk mencari pasangan hidup, atau mungkinkah dia akan dikecewakan sekali lagi.

p/s: kepada sesiapa yang bernama Sulaiman Toba, cerita ini cuma rekaan. Untuk tontonan umum.

Selasa, 14 September 2010

HARI RAYA GUA episode 3

ok kali ni gua nak cerita raya ke-3 gua.

gua mulekan dengan bangun lambat. dalam pukul 11 kot gua bangun tido. itu pon selepas mak gua dah separuh berubah jadi hulk. nasib baik baru separuh kalau tak alamatnya beraya dekat hospital la gua tahun ni.

ok plan hari adalah untuk bawa otromen kecik (anak buah) gua pergi jalan-jalan KLCC. kak long gua kate nak bawak pergi petrosains. untung budak-budak zaman sekarang ni kan. macam-macam ada untuk diorang. zaman gua dulu apa pon tak de. paling kuat pon main konda kondi ataupon rounders dekat padang. tak de pon mende-mende camni.

nak dijadikan cerita sampai la kitorang kat KLCC nun. sesampai jek kitorang terus shoot petrosains. boleh plak tutup. hangin betul. tempat-tempat cam ni leh lak tutup sebab cuti raya. zoo pon bukak time-time raya.

otromen kecik gua dah mule buat hal. gua dah mule x sedap hati. gua putus kan untuk lepak kat taman KLCC 2 jek. kat sane leh gak diorang main buaian ke hape. tak de la bising sangat.

sampai jek kat taman KLCC 2 gua rase gua ni seorang pelancong. gua toleh kiri jumpe indon, gua toleh kanan jumpe vietnam, gua toleh belakang jumpe bangla. gua dah mule jadi menyampah. mungkin ada sikit perasaan racist dalam diri gua. gua cakap kat otromen kecik kite tukar haluan.

gua pon gerak pergi timesquare. kat area sini plak penuh ngan arab ngan chinese. area ni pon still penuh gak. tapi nak buat cam ne kan. redah je la. jalan punye jalan, pusing punye pusing. apa hasil nya gua dapat kat timesquare? tak de mende. cume ngabihkan duit beli otromen-otromen kecil gua mainan jek. syok kan korang. jangan korang dah besar lupe kat gua sudah. gua tunjal dahi sekor-sekor.

dah balik umah malam tu gua gerak balik KL. macam biasa gua akhiri hari gua dengan lepak kat kedai mamak ngan member senasib tak de kampung gua.

so conclusion die kat sini gua nak buat satu question mark untuk lu orang yang membaca blog ni...BERMAKNAKAH HARI RAYA GUA?

Ahad, 12 September 2010

HARI RAYA GUA episode 2

kali ni gua nak cerita raya pertama.

pagi raya tu gua berhajat nak pergi masjid. tahun ni gua nak semayang raya. tapi sebab malam tadi tido dalam pukul 5 gua dah terlajak. gua memang nak gerak masjid. tapi ape nak buat dah tak de rezeki. huhu.

ok. gua bangun-bangun jek mak gua dah bising. soh gua siap-siap cepat. dah setel mandi gua terus sarung baju melayu. nak gerak ke sesi salam-salam sambil nanges sikit-sikit. banyak gak dose gua dekat orang tua gua. time ni la nak mintak ampun. mane la tau kot2 dapat selai dua duit raya. tapi tinggal harapan je la. mak gua kate gua dah tua. last-last gua yang kena bagi duit raya kat anak buah gua. seronok korang kan. tak pe. nanti gua rembat balik. haha

selepas tu gua sambung tido balik sampai ke petang. malam tu macam biasa sebab member gua ni pon same spesis tak de kampung macam gua gak. gua gerak rumah die. sampai kat setapak member gua cakap malam ni kite pusing-pusing town. tempat yang paling heavy dengan manusia. 1 location jalan chow kit. agak busy gak area situ. walaupun hari raya. still ade kedai-kedai yang bukak. member gua kate die nak pergi wusha bundle-bundle kat siti. lepas park kereta kat lorong hj taib kitorang pon jalan. 1st kedai jual alat-alat seksual. shit...pakcik tu jual dildo. selamber gile. tiada perasaan malu timbul langsung dari riak muka die. nak jek gua sumbat menatang tu kat mulut dia. haha. gengster kan bunyik ayat gua tadi.

ok akhir kata jalan chow kit tak de mende. kitorang gerak jalan TAR plak. tutup. tak de 1 kedai pon yang bukak. lepas tu gerak pulak area bukit bintang. penuh ngan arab. kadang-kadang gua terfikir. gua kat mane ni. pelik diorang ni. tak beraya ke?

macam biasa gua akhiri hari gua dengan lepak kat kedai mamak sampai pukul 3 pagi

Sabtu, 11 September 2010

HARI RAYA GUA episode 1

kali ni gua betul-betul nak cerita pasal hari raya. ye la gua tengok semua blogger dok bercerita pasal raya. gua pon tetibe lak horny gile nak cerita pasal raya. ok.. mmmmm...camne gua nak mulekan...

ok gua stat cerita pada hari malam raya. sehari sebelum semua umat islam menyambut hari raya. gua memang tak de kampung. so lokasi gua beraya adalah dekat bandaraya KL. ok tipu jek. tak de la KL sangat. dekat serdang jek. gua saje jek nk sebut KL sebab nampak urban sikit. gua ngan member gua plan nak shopping malam raya.

hajat di hati nk wusha bundle kat jalan chow kit. pastu shoot pergi jalan TAR carik kuih raya then terus gerak danau kota cari seluar jeans.

lepas berbuka buat kali terakhir nye dalam pukul 8 gua terus gerak wangsa maju amik member gua. jalan masuk ke KL agak lengang. tapi jalan keluar KL perghh gua x dapat bayangkan kalau gua berada dalam situasi tu.

sampai kt umah member gua tu gua park kereta. gua naik motor. agak mencarut kalau gerak tempat-tempat macam tu naik kereta malam-malam raya camni. sesampai jek gua kat jalan chow kit gua di jamu dengan lautan manusia. memang susah nak berjalan. ape diorang ni tak de kampung gak ke macam gua. gua dah mula nak mencarut. gua spot sebijik kedai bundle kasut. gua rase semak. gua rase hangin. x dapat nak memilih ngan tenang. kasut yang tinggal pon cume sisa-sisa jek. yang cun-cun, rare-rare sume dah kena kebas. ikut dari harga memang kacip. memang gua berselera nak beli. 2 bijik kasut cuma rm50. dan ade yang lagi rare 1 beg plastik besar cuma rm30. lu orang sumbat la selagi boleh sumbat dalam beg plastik tu. dan harganya cuma rm30. hebat kan.

ok. panjang cerita x guna. gua pendekkan. gua pusing-pusing, gua golek-golek, gua lari-lari dan gua akhiri tour gua kat jalan chow kit ngan membawa penat, sakit kaki, sakit mata dan sebungkus air jagung. x de yang menarik minat gua. maybe sebab situasi sekeliling yang membantut kan gua dari mengabiskan duit kat situ

plan kedua nak cari kuih raya dekat jalan TAR terpaksa dibatalkan sebab ramalan mengatakan situasi die lebih kurang macam dekat jalan chow kit. sesak. so gua putuskan untuk terus shoot ke danau kota. sebab ada kabar angin mengatakan ade 1 kedai kt situ jual barang-barang reject quicksilver.

sesampai kat danau kota pon lebih kurang macam kat jalan chow kit tadi. manusia memenuhi segenap ruang udara dekat situ. tapi gua tekad gua nekad nak balik ngan membawa 1 beg plastik berisi. gua cakap dengan member gua. gua tak nak pusing-pusing. penat. terus gerak g kedai jual barang-barang quicksilver. angkut selai seluar terus chaw.

sampai jek kt kedai quicksilver gua terus pilih. terus cari saiz. terus bayar. rm150 gua hilang kt selai sluar. hah...sgt gempak raya gua kali ni. dari segi dress up je la.

gua tamat kan malam raya gua hari tu ngan lepak kt mapley ali maju sampai pukul 3 pagi. sangat bermakna kan malam raya gua kali ni.

Khamis, 9 September 2010

HARI RAYA

gua bet mesti kebanyakkan blogger tgh sebok menulis atau dah post tentang hari raya. gua pon rasa macam nak buat entry pasal hari raya tapi gua rasa mesti lu orang sume dah boring. bukak blog ni cerita pasal raya, bukak blog tu cerita pasal raya. semuanya raya..raya..raya..raya.

kali ni gua nak cerita bukan pasal hari raya(tajuk di atas 2 cuma 1 konspirasi), tapi ada gak la berkait-kait ngan raya ni. semalam tengah gua lepak-lepak kt nz wangsa maju gua dapat call dari member gua.

ika: der gua ade utang lu pape x?

gua: jap2...gua rasa x der la..

ika: sape ade lg ngan lu?

gua: paroh ngan apit la. pesal?

ika: bagi gua cakap ngan diorang...


selang beberapa ketika

ika: x de la gua tanya gua ada utang ngan lu x sebab gua baru dapat bonos. opis gua bagi gua 3k, bos gua bagi gua 1 k, member gua bagi gua 4k.


lepas gua letak telefon gua tercengang sambil wusha muke member2 gua yang lain. ni betul-betul nak tanya ade utang ke ataupun saje nak kasi crite yang die ada 9k. dammnnn

gua rasa niat member gua memang murni. tapi gua rasa ape guna der kalau dapat 9k selepuk camtuh tapi tak nk blanje gua leather jacket kt xaara..