Selasa, 14 September 2010

HARI RAYA GUA episode 3

ok kali ni gua nak cerita raya ke-3 gua.

gua mulekan dengan bangun lambat. dalam pukul 11 kot gua bangun tido. itu pon selepas mak gua dah separuh berubah jadi hulk. nasib baik baru separuh kalau tak alamatnya beraya dekat hospital la gua tahun ni.

ok plan hari adalah untuk bawa otromen kecik (anak buah) gua pergi jalan-jalan KLCC. kak long gua kate nak bawak pergi petrosains. untung budak-budak zaman sekarang ni kan. macam-macam ada untuk diorang. zaman gua dulu apa pon tak de. paling kuat pon main konda kondi ataupon rounders dekat padang. tak de pon mende-mende camni.

nak dijadikan cerita sampai la kitorang kat KLCC nun. sesampai jek kitorang terus shoot petrosains. boleh plak tutup. hangin betul. tempat-tempat cam ni leh lak tutup sebab cuti raya. zoo pon bukak time-time raya.

otromen kecik gua dah mule buat hal. gua dah mule x sedap hati. gua putus kan untuk lepak kat taman KLCC 2 jek. kat sane leh gak diorang main buaian ke hape. tak de la bising sangat.

sampai jek kat taman KLCC 2 gua rase gua ni seorang pelancong. gua toleh kiri jumpe indon, gua toleh kanan jumpe vietnam, gua toleh belakang jumpe bangla. gua dah mule jadi menyampah. mungkin ada sikit perasaan racist dalam diri gua. gua cakap kat otromen kecik kite tukar haluan.

gua pon gerak pergi timesquare. kat area sini plak penuh ngan arab ngan chinese. area ni pon still penuh gak. tapi nak buat cam ne kan. redah je la. jalan punye jalan, pusing punye pusing. apa hasil nya gua dapat kat timesquare? tak de mende. cume ngabihkan duit beli otromen-otromen kecil gua mainan jek. syok kan korang. jangan korang dah besar lupe kat gua sudah. gua tunjal dahi sekor-sekor.

dah balik umah malam tu gua gerak balik KL. macam biasa gua akhiri hari gua dengan lepak kat kedai mamak ngan member senasib tak de kampung gua.

so conclusion die kat sini gua nak buat satu question mark untuk lu orang yang membaca blog ni...BERMAKNAKAH HARI RAYA GUA?

3 ulasan: