Jumaat, 24 September 2010

FACEBOOK

ok. apa korang rasa tentang facebook? adakah facebook ini boleh mengugat sesebuah organisasi? member gua pernah bagitahu kat gua jangan letak gambar bukan-bukan dalam facebook. sebab zaman sekarang ni kalau kite apply kerja dekat mana-mana, diorang akan bukan facebook kita melalui email yang kita bagi dekat diorang. dari situ diorang boleh dapat tahu lifestyle dan perangai kita. bab tu gua sokong. tapi bagi gua cara tu memang tak professional. tak patut la kita nak menilai seseorang itu melalui facebook. banyak lagi kot cara yang gua rasa boleh dipakai. kehidupan peribadi rasanya tak perlu dicampurkan dengan kerja. so menilai melalui facebook ni gua rase memang super nonsence. ok...gua ulang lagi sekali untuk menegaskan ayat gua tu. super nonsence.

dan nak jadi interesting lagi apabila korang dah mula bekerja dan korang post something dalam facebook contohnya macam korang pesan dekat kawan-kawan office korang tentang tarikh kemasukan gaji. macam korang cakap esok tak gaji lagi, dan bos korang pon baca dan mengamuk dalam facebook korang. korang cuba nak jelaskan dalam facebook korang tapi bos korang still tak boleh nak terima. gua rasa macam ada persoalan yang gua nak mintak korang bebankan kepala otak korang untuk fikir sama-sama ngan gua.

gua nak tanya. apakah itu facebook? ok..menurut wikipedia facebook adalah sebuah 'social networking'. so social networking pulak membawa maksud sebuah laman online atau platform yang memfokus dalam membina hubungan antara masyarakat yang mempunyai minat atau pendapat yang sama. tugas utama dalam social networking ni dalah untuk menghubungkan contohnya seperti rakan-rakan sekolah lama dan....ok gua malas nak taip banyak-banyak. korang klik sini untuk tahu lebih lanjut.

sekarang ni gua nak tanya apakah itu tugas facebook. melalui apa yang telah diterangkan oleh wikipedia, gua rasa facebook ini adalah tempat kita untuk berhubung dengan rakan-rakan, atau lebih advance lagi gua rasa tempat untuk kita mencari bisnes.

berbalik pada statement yang gua bagi contoh pada awal penulisan gua tadi. gua rasa contoh tu sudah jelas nyata dan terang atau orang-orang melayu kita dulu cakap sudah terang lagi bersuluh, cuba berhubung dengan rakan-rakan sepejabat tentang nak beritahu tentang info yang dia dapat tentang tarikh kemasukan gaji.

so persoalan dia; kenapa yang ada certain orang yang rasa benda tu salah dan boleh menjatuhkan integriti sesebuah organisasi. ok...kalau dulu memang la kalau kita nak bagi info kat lain-lain kita kena buat memo atau kena jumpa setiap sorang atau lebih moden telefon setiap seorang. tapi memandangkan telah terwujudnya social networking ni dan hampir kesemua rakyat malaysia mempunyainya gua rasa lebih senang kita sekali taip dan semua orang dapat info. mudah dan takkan ada tokok tambah dalam info yang kita ingin sampaikan.

lagipun apa yang cuba disampaikan cumalah 1 info yang sedikit pon tidak menyentuh tentang masalah dalaman atau keburukan organisasi tersebut. cuma sebuah info dan perhubungan antara rakan-rakan sepejabat.

gua rasa benda ni akan menjadi masalah bila orang-orang yang boleh gua katakan gua pemikiran agak kolot cuba adopt menda-menda ni dalam kehidupan diorang. seperti member gua pernah cakap "inilah akibatnya bila orang tua main facebook". Bagi gua memang tak salah kalau golongan-golongan ni nak berfacebook jugak. tapi tolonglah paham cara orang-orang muda zaman sekarang ni. mereka ini lebih liberal dan straigt foward. tolong faham dulu cara meraka bercakap dan cara mereka bergaul. zaman dulu dan sekarang ni memang tak sama. dah banyak yang berubah. dan jangan ingat kamu-kamu itu lebih berusia dan berpangkat kamu boleh nak control anak-anak muda zaman sekarang ni. anak-anak muda zaman sekarang bukannya seperti kamu-kamu dulu. hanya mengikut dan tunduk je dengan arahan. tidak, meraka sekarang ini sangat liberal, jangan nak main politik dengan golongan seperti ini. kerana politik adalah mende yang paling dibenci. sedikit info: politics berasal dari perkataan poli yang bermaksud lebih daripada satu dan tics iaitu sejenis pepijat yang menghisap darah. dan bila digabungkan membawa maksud penghisap darah yang banyak ataupun poli yang membawa maksud lebih dari satu dan tricks iaitu tipu helah. jika digabung kan ia akan bermaksud tipu helah yang banyak. Sasterawan negara Othman Awang pun pernah menulis pantun tentang politik. lebih kurang berbunyi bergini, "siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri". ok...jauh dah tersasar.

kepada pakcik-pakcik yang belum memahami cara orang muda sekarang ataupun pemikiran yang masih 20 tahun kebelakang tolonglah, kami tidak macam kamu, jangan sibuk-sibuk ditempat yang kamu tidak tahu tujuan dan fungsinya dan jangan emosi sangat dengan apa yang kamu tidak pasti. tolonglah berfikir diluar kotak. letakkan diri-diri kamu itu ditempat orang lain dan baru mula berfikir. jangan kolot sangat. tolonglah buang cara pemikiran yang lama yang dah tidak relevan. you cannot control everything eventhough you have the power to control. aiceh...sedap pulak bunyinya..


p/s: kepada En. Mohd Azley Arif, lu memang pukimak!!

2 ulasan: