Selasa, 21 September 2010

KISAH SULAIMAN TOBA (versi ber tatabahasa)

Kali ni gua nak cerita tentang seorang makhluk ciptaan tuhan yang bernama Sulaiman Toba. Siapakah beliau ni. Ni yang nak cerita.

Sulaiman Toba seorang yang sangat liberal. -sila google untuk siapa yang tak tahu apa itu liberal-

Kembali kepada tajuk.

Sulaiman Toba tidak suka dikekang. Cakap kedua orang tuanya selalu diendahkan. Bagi dia, dia sendiri yang menentukan corak kehidupan dia. Sebab hidup ini cuma sekali. Bak pepatah sang kolonial "Live the life to the fullest cause it only once". Bahkan dia juga sangat anarkis. -sila google lagi- Selalu sahaja memberontak. Mungkin memang sudah mengalir darah pahlawan melayu dalam diri dia.

Sulaiman toba ingin berubah. -Kejap, ni dah terlampau kehadapan- Ok, kembali ke zaman remaja dia.

Dia sangat liar. Segala kejahatan penah dilakukan. Sebut sahaja apa. Semuanya sudah tertulis di dalam diari kehidupan dia. Dari sekecil-kecil dosa hinggalah sebesar gunung.(Tidak perlu nyatakan apa yang pernah dibuat, pandai-pandailah korang nak tafsirkan sendiri).

Pada zaman remaja nya dia pernah bercinta dengan seorang gadis 'punk' -sila wikipedia untuk tahu apakah itu 'punk girl'- Dari situ sahaja kita boleh menilai bahawa Sulaiman Toba tidak pernah memikirkan langsung tentang masa depan dia. Cuma mahu keseronokan dunia. Tapi bila dikecewakan dia mula menyalahkan kehidupan. Katanya "kehidupan ini penuh dengan kepura-puraan. Semuanya dekat bila hanya memerlukan", tapi dia tidak tahu bahawa dia juga tergolong dalam golongan yang disumpahkan.

Ok..rasa macam tidak seronok pulak kalau tidak cerita kejahatan Sulaiman Toba. 5 dosa besar yang pernah dilakukan: 1. Meminum arak. Katanya tidak 'urban' la kalau tak mabuk-mabuk. 2. Seks bebas. "Hidup ini perlu seronok, rasa dulu selagi boleh rasa, besok-besok dah tua tak boleh nak buat pulak". Kata Sulaiman Toba penuh angkuh. 3. Dadah. Katanya untuk melepaskan stress dan ingin mencari ketenangan. Walhal banyak lagi cara boleh digunakan. 4. Free thinker -sila wikipedia ye kawan2- 5. Membunuh. Kejadian itu memang tidak disengajakan, cuma untuk membela diri.

Yang kecil-kecil tidak perlu la nak dinyatakan disini, kerana yang diatas pon dah cukup memalukan dia. Post ni bukan nya untuk mengaibkan Sulaiman Toba, tapi cuma memberi kisah untuk kita semua hayati dan jadikan tauladan.

Kembali kepada cerita Sulaiman Toba. Selepas putus hubungan dengan gadis 'punk' Sulaiman Toba kembali bercinta dengan gadis biasa-biasa. Gadis ini mula menyedarkan dia tentang kejahatan yang selama ini dilakukan. Sulaiman Toba mula insaf. Sedikit demi sedikit dia mula berubah. Kembali ke jalan yang benar. Dia tidak lagi melakukan perkara-perkara sumbang. Dia mula ingin mejadi manusia. Sebelum ini mungkin agak kebinatangan sikit. Ok, itu cuma gurauan. Boleh gelak ramai-ramai. HAHAHAHA..(perlu kah?)

Tapi still dia dikecewakan. Makhluk yang bergelar wanita cuma mahukan dia untuk penghilang kesunyian. Sulaiman Toba kembali ke kancah durjana yang dia sendiri cipta. Menyalahkan ketidakseimbangan dunia atas semua kesilapan yang dilakukan. Dia sudah menjadi liar semula. Katanya buat baik macam mana sekali pun dunia masih mempermainkan nya.

Setelah dikecewakan berkali-kali akhirnya Sulaiman Toba tidak mempercayai apakah itu yang digelarkan CHENTA. Baginya semua itu cuma khayalan dan carutan manusia yang cuma mahukan sesuatu.

Tapi semua itu adalah kisah-kisah dia dahulu. Sekarang Sulaiman Toba sudah insaf, dan dia sedar bahawa semua yang terjadi adalah dari kecetekan akal fikiran dan ketidak matangan pemikiran dia sendiri. Sulaiman Toba sudah lama meninggalkan aktivikti dia yang tidak bermoral. Dia sudah benar-benar insaf. Cuma mahukan pebimbing dan seseorang yang boleh membawa dia ke jalan yang benar.

Sekarang Sulaiman Toba sedang mencari cinta. Berjayakah dia untuk mencari pasangan hidup, atau mungkinkah dia akan dikecewakan sekali lagi.

p/s: kepada sesiapa yang bernama Sulaiman Toba, cerita ini cuma rekaan. Untuk tontonan umum.

3 ulasan:

  1. alhamdulillah akhirnya sulaiman berjaya menginsafkan diri nya..moga dia dapat dipertemukan jodoh yang boleh membawa dia ke jalan yg lebih benar..aminnnnn..kim salam kat sulaiman toba..ckp kt dia sedap nama tu..haha

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam