Khamis, 30 September 2010

PESANAN UNTUK SI BARUA

Kenapa masyarakat Malaysia ini masih berada dalam tempurung dan terperuk dalam minda mereka sendiri? Gua jadi tak paham. Kenapa masih lagi menilai orang cuma dari luaran? Kenapa perlu memandang kepada cara pakaian dan pergaulan? Salahkah jika seseorang itu berambut botak dan berseluar skinny? Dan kenapa jika Skinhead atau Punk perlu dilabel terpesong, tiada hala tuju dan hanya makan sampah. Kamu-kamu yang melabel ini pernah bergaul ke dengan mereka-mereka yang kamu label sebagai remaja yang rosak? Gua akan guna quote yang common gila dalam dunia kita hari ini. "Dont judge the book by its cover", yang bermaksud jangan menilai seseorang dari luaran sahaja. Bagi gua, tiada siapa yang berhak menilai diri seseorang melainkan diri dia sendiri. Tenang bagi gua kalau masih mahu menilai tapi perlukah penilaian itu disebarkan dan dikabarkan sebagai sifat sebenar seseorang itu walhal kamu tidak pernah sekali pun lepak 'ngeteh' dengan dia. Kamu menjadi bangga jika kamu dapat menjatuhkan maruah seseorang. Kamu menjadi bangga dengan sifat dan pemikiran yang mengatakan kamu itu adalah sempurna. Buat pengetahuan kamu yang lebih selesa gua gelar sebagai barua. Tiada siapa yang sempurna. Sedangkan agung kita yang setiap kali disebut duli yang maha mulia itu sekali pun berak keluar tahi dan bukannya emas.

Gua ade 1 ayat untuk barua-barua semua. Lu nak buat apa sekali pun buatlah. Jangan kacau hidup orang lain selagi diorang tak kacau hidup lu.

1 ulasan: