Ahad, 12 September 2010

HARI RAYA GUA episode 2

kali ni gua nak cerita raya pertama.

pagi raya tu gua berhajat nak pergi masjid. tahun ni gua nak semayang raya. tapi sebab malam tadi tido dalam pukul 5 gua dah terlajak. gua memang nak gerak masjid. tapi ape nak buat dah tak de rezeki. huhu.

ok. gua bangun-bangun jek mak gua dah bising. soh gua siap-siap cepat. dah setel mandi gua terus sarung baju melayu. nak gerak ke sesi salam-salam sambil nanges sikit-sikit. banyak gak dose gua dekat orang tua gua. time ni la nak mintak ampun. mane la tau kot2 dapat selai dua duit raya. tapi tinggal harapan je la. mak gua kate gua dah tua. last-last gua yang kena bagi duit raya kat anak buah gua. seronok korang kan. tak pe. nanti gua rembat balik. haha

selepas tu gua sambung tido balik sampai ke petang. malam tu macam biasa sebab member gua ni pon same spesis tak de kampung macam gua gak. gua gerak rumah die. sampai kat setapak member gua cakap malam ni kite pusing-pusing town. tempat yang paling heavy dengan manusia. 1 location jalan chow kit. agak busy gak area situ. walaupun hari raya. still ade kedai-kedai yang bukak. member gua kate die nak pergi wusha bundle-bundle kat siti. lepas park kereta kat lorong hj taib kitorang pon jalan. 1st kedai jual alat-alat seksual. shit...pakcik tu jual dildo. selamber gile. tiada perasaan malu timbul langsung dari riak muka die. nak jek gua sumbat menatang tu kat mulut dia. haha. gengster kan bunyik ayat gua tadi.

ok akhir kata jalan chow kit tak de mende. kitorang gerak jalan TAR plak. tutup. tak de 1 kedai pon yang bukak. lepas tu gerak pulak area bukit bintang. penuh ngan arab. kadang-kadang gua terfikir. gua kat mane ni. pelik diorang ni. tak beraya ke?

macam biasa gua akhiri hari gua dengan lepak kat kedai mamak sampai pukul 3 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan