Isnin, 29 November 2010

GILA!

MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi


p/s: Lepas ni gua ingat nak daftar kan galaksi Milky Way ni gua yang punya.

Jumaat, 19 November 2010

SEL-SEL DALAM OTAK GUA TENGAH BERHUBUNG AKIBAT MAKAN CENDOL LEMAN DAWI

Kali ni gua nak menulis benda serius. Ya, benda serius. Penulisan kali ini adalah yang paling serius gua pernah post.

Get ready.




SERIUS!




Amacam?

Khamis, 18 November 2010

BLING! ULTRAVIBRATE

Gua rasa macam nak menulis. Tapi gua tak tahu gua nak tulis apa. Otak gua beku. Tapi gua sangat bernafsu nak tekan-tekan keyboard ni.

Apa yang gua nak sampaikan hari ni?

Cerita pasal semalam la. Ok.

Semalam gua buat kali keduanya baca buku 'Siapa Kekah Bidan Sepiah'. Cerita ni memang menarik. Lain daripada yang lain. Tak sama macam buku-buku lain yang ada dekat pasaran. Maybe sebab penulis-penulis tu bukan berasal dari bumi ni. Gua agak diorang tu semua datang dari alam bunian. Ya, alam bunian. Sebab sekali pandang jek tajuk buku tu gua rasa macam gua kena mandrem.

Cerita banyak tak guna. Gua dah dua kali baca buku tu. Gua nak tegaskan dan ulas bahawa gua still tak tahu siapa yang kekah Bidan Sepiah.

Damn! Maybe gua nak kena baca lagi buat kali ketiga.


p/s: Semalam gua slamber jek tidur dalam kereta Chevorolet. Sikit pon gua tak heran.

Selasa, 16 November 2010

Jumaat, 12 November 2010

I CAN CALL IT A DAY

Hari yang baik untuk gua, permulaan hari yang sejuk membuatkan gua liat nak bangun tidur.

Keadaan tempat kerja yang tenang, tiada kacau bilau, hiruk pikuk kesibukan melanda diri gua hari ini.

Hari ni gua rasa kalau gua tackle Jennifer Anniston pon kompom leh dapat. Kalau gua beli tikam no ekor pon kompom jackpotnya. Kalau gua masuk pilihanraya sebagai parti Bebas kompom gua leh kalahkan siapa-siapa yang cuba menentang gua, bukan takat puluh-puluh jek beza undi, tapi main puluh-puluh ribu.

Kenapa?Persoalannya?

Tiada sebab kot.

Maybe today is great hair day. So Jenny, I'm coming. HAHAHAHA