Isnin, 31 Januari 2011

NASI LEMAK MENYENGAT, NESCAFE BERBUIH HALUS SEHALUS KEPALA HARITH ISKANDAR

Apa kejadah bil Astro ada 6% goverment tax? Apa kes KWSP dah jadi 11%? Kenapa Goverment tax untuk restoran-restoran naik 3%? Ni gua belum cerita pasal minyak lagi. Dari minyak kereta sampai la ke minyak tanah. Belum masuk pendapatan per kapita negara, subsidi, harga air, letrik, teh tarik lagi...

Haish..

Gua jadi buntu.

Gua teringat kisah masa gua kat kolej dulu. Dapat duit MARA pagi petang habis. Takat makan megi tu dah kira menda biasa. Nak tambah luar biasa makan megi siap ada telur yang masak pakai kuali. Kalau tahap biasa-biasa makan megi rendam dengan air panas. Kadang-kadang megi gua kena rembat dengan housemate gua. Sampaikan ubat ketiak gua dia sapu dekat ketiak dia.


Tak pe bro, sekarang kita susah, esok-esok sapa tahu nasib kita. Ye dak?

Kata-kata azimat kawan baik gua dulu. Tapi gua tengok sampai sekarang gua hidup susah. Serius memang susah. Mana nak bayar hutang belajar, hutang kereta, hutang kawan-kawan, bil-bil rumah. Ni belum kira nak menyimpan untuk cukai jalan kereta, nak servis kereta, ASB, tabung haji, nak bawak mak ayah makan kat tempat best-best, nak menyimpan untuk nak kahwin. Ye, gua teringin nak kahwin. Biasa la kan, takkan sampai ke tua nak tembak dinding jek. Sekarang gua tengok nak kahwin bukan sikit-sikit punya belanja. Mau makan puluh-puluh ribu. Dengan duit hantaran, barang-barang hantaran, barang kemas, kenduri, mak andam, budak kompang, tukang amik gambar, tok kadi. Semua tu duit. Ye duit, bukan daun kering ataupun bulu ketiak Mutusamy Kurupiah. Kalau gua hidup kat Amerika nun tak pe. Tak yah kahwin pon boleh.

Haish..

Hari ni bersamaan 31 Januari 2011. Duit dalam poket gua tinggal RM50.


p/s: Korang ada tak kenal mak datin mana-mana. Gua rasa gua nak jadi gigolo la.

4 ulasan:

  1. hahahahaha..bongoks..mesti ko slalu tembak dindin kt toilet umh ko tu kan..lek2..ko akda nikah je xyah sanding2..jimat sikit wet dow..bukan sikit berganda2 nye jimat..

    BalasPadam
  2. Dinding aku kalis tembakan. Tapi, kalau dalam setahun dua lagi mau berlubang gak. Kah kah kah.

    BalasPadam
  3. perghhhhhh..hebat dow!kak lin kata de sehebat M16 x?haha

    BalasPadam
  4. bukan takat m16..ni smpai tahap 500 sw magnum revolver gua nye tembakan..klu kena kepala leh pecah..kalau kena dara leh mengandung beb..kah kah kah...

    BalasPadam