Khamis, 9 Disember 2010

ENTRY BANYAK GAMBAR

Sabtu lepas gua tak lepaskan peluang untuk involve dalam festival art ni. Gua rasa rugi sebab pihak berkuasa tempatan dah membuka hati perut diorang untuk menerima seni haluan kiri macam ni. Gua harap pada masa depan pintu hati diorang ni akan terbuka lebih luas macam lobang hidung direktor Ahmad Nisfu. Ah, dah jauh dah ni..

Ok, event ni berlangsung hari Sabtu lepas, 4 Dis 2010. Gua nak gerak pagi sebab takut diorang siap cepat conteng dinding tu, tapi nak kena gerak MAHA pulak. Dah la dengan jem teruk, parking tak de, panas terik. Nasib baik gua ada orang dalam. VIP beb..VIP. Ha ha ha. Bukan MAHA yang cuba gua ketengahkan kat sini. Biarlah dia dengan keuntungan berjuta-juta dia tu.

Tengah hari tuh gua call partner in crime gua. Gua ajak dia gerak sekali. Gua kena kutip dia dekat Setapak. Gua gerak dari Serdang ke Kolumpo mengambil masa dalam 1 1/2 jam. Jem dia, pergh. Gua tak tau ramai-ramai masuk Kolumpo ni nak buat apa. Siyes gua tension. Dengan berbekal Dunhill ngan lagu Love Me Butch-Come Out Come Out gua tenang redah jem kat Kolumpon ni. Ah.. gua melalut lagi.

Gua tak nak cakap banyak lu orang tengok sendiri hasil Art Haluan Kiri.










Gua rasa event ni memang A. Gua solute dengan budak-budak ni. Graffiti diorang memang tahap Amerika.


p/s: Gua menggunakan penganggukutan awam sepanjang hari ni. Mesra alam kan gua

Isnin, 29 November 2010

GILA!

MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi


p/s: Lepas ni gua ingat nak daftar kan galaksi Milky Way ni gua yang punya.

Jumaat, 19 November 2010

SEL-SEL DALAM OTAK GUA TENGAH BERHUBUNG AKIBAT MAKAN CENDOL LEMAN DAWI

Kali ni gua nak menulis benda serius. Ya, benda serius. Penulisan kali ini adalah yang paling serius gua pernah post.

Get ready.




SERIUS!




Amacam?

Khamis, 18 November 2010

BLING! ULTRAVIBRATE

Gua rasa macam nak menulis. Tapi gua tak tahu gua nak tulis apa. Otak gua beku. Tapi gua sangat bernafsu nak tekan-tekan keyboard ni.

Apa yang gua nak sampaikan hari ni?

Cerita pasal semalam la. Ok.

Semalam gua buat kali keduanya baca buku 'Siapa Kekah Bidan Sepiah'. Cerita ni memang menarik. Lain daripada yang lain. Tak sama macam buku-buku lain yang ada dekat pasaran. Maybe sebab penulis-penulis tu bukan berasal dari bumi ni. Gua agak diorang tu semua datang dari alam bunian. Ya, alam bunian. Sebab sekali pandang jek tajuk buku tu gua rasa macam gua kena mandrem.

Cerita banyak tak guna. Gua dah dua kali baca buku tu. Gua nak tegaskan dan ulas bahawa gua still tak tahu siapa yang kekah Bidan Sepiah.

Damn! Maybe gua nak kena baca lagi buat kali ketiga.


p/s: Semalam gua slamber jek tidur dalam kereta Chevorolet. Sikit pon gua tak heran.

Selasa, 16 November 2010