Rabu, 29 Disember 2010

SAYUR KOT...

Dah lama gua rasa gua tak update blog ni. Tapi kalau update pon korang bukan dapat faedah apa-apa pun kan.

Korang mesti sudah sedia maklum bahawa Malaysia menang 3-0 keatas Indonesia pada 1st leg final piala AFF. Indonesia hanya menyalahkan penyokong Malaysia yang bermain laser. Tapi pada hakikatnya bahawa mereka tidak dapat menerima kekalahan dengan pasukan Malaysia. Pasukan yang mereka anggap lemah dan mudah untuk menang. Segala alasan dan kritikan dari pasukan Indonesia itu hanyalah hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Mereka tidak dapat menerima mereka boleh kalah dengan pasukan yang mereka anggap lemah, pasukan yang menjadi belasahan mereka satu ketika dulu.

Tapi Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang lebih drastik. Seluruh ASEAN telah gerun dengan pasukan Malaysia. Sebuah pasukan yang tidak boleh dipandang rendah. Dengan kehadiran lebih 70 ribu penyokong Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil, dengan penuh semangat, mercun dan laser di poket. Mereka datang hanya dengan 1 matlamat. Menang.

Buat pasukan Malaysia, tunjukkan permainan terbaik malam ni. Pastikan kita bawa pulang piala tersebut. Untuk fan Malaysia pula, jangan berhenti menganjing pasukan Indonesia. Bak kata Safiq Rahim pemain kebangsaan dan Selangor. 'Sayur kot..'

2 ulasan:

  1. ish jgn ngutuk negara lain..mungkin hr ni tuah kita esok lusa sape tau kan?so jgn bongkak dgn kemenangan yg kita dpt..just go on n doakan pasukan kita terus maju dgn jayanya..wah!rasa skema x ayat aku pol?miahahahahahahahaha

    BalasPadam
  2. bukan selalu dapat peluang menganjing team lain..cube lu bukak fb harimau malaya, twitter sokernet, nike malaysia page..ko tgk fan indon nye comment amacam..ko bukak bolakompas(surat khabar jakarta) ko tgk diorang nye provokasi kat mlaysia cam ne..ni baru sikit. itupon quote dari player malaysia dan bukan dari mulut gua sendiri..

    BalasPadam