Jumaat, 10 Disember 2010

GUA RASA TERTINDAS

Hari ahad hari tu gua ngan partner in crime gua semangat nak wusha Piala AFF Malaysia lawan dengan Laos. Partner in crime gua keluar statement tak nak wusha game kat port biasa, tak de luck katanya. Gua rilek. Mula-mula cadang nak wusha kat McDonald secara HD. Tapi hampa. Restoran antarabangsa terkemuka tu lebih gemar pasang drama air mata kat TV3. Shit!

Game dah start dah ni. Kitorang dah naik mengelabah cari port. Kedai mamak pertama kitorang tuju pasang Indonesia lawan Thailand. Begitu juga kedai mamak kedua. Gua dah mula nak mencarut dalam hati. Kedai mamak ketiga masih sama. Gua dah stat mengeluarkan kata-kata kesat. Minyak kereta gua dah mula menjerit. Tup tup jumpa sebijik kedai mamak yang pasang cerita ape ntah. Gua terus park kereta gerak kedai tu. Sambil gua oder milo tarik gua pesan dekat mamak tu tukar channel bola. Seperti biasa mamak tu angguk jek.

Tup tup malaysia dah leading 1-0. Shit! Tak dapat tengok gol pertama Malaysia. Gua bukan nak highlight game malam tu.

Minit ke-30 datang 1 puak indon. Gua agak ada dalam 6-7 orang. Lepak kat table belakang gua. Dengan penuh rilek dan selamber diorang suruh mamak tu tukar channel game Indonesia lawan Thailand. Pastu yang gua hangin mamak tu pon dengan penuh girang tukar channel tu.

Badan gua dah mula berasap. Saka gua dah nak masuk dalam badan gua. Segala ilmu persilatan gua cuba ingat balik. Gua panggil mamak tu balik. Gua suruh dia tukar channel. Mamak tu macam biasa angguk jek. Dia pergi kat kaunter tapi tak buat apa-apa. Gua dah mula angin. Gua just buat isyarat tangan sebagai 1 arahan suruh mamak tu tukar channel. Mamak masik berdegil.

Gua sound mamak tu. Gua rasa macam nak sound pakai tangan. Wak-wak indon kat belakang bising-bising. Wak-wak tu pon kena sound dengan gua. Ini Malaysia, lu orang nak tengak indon main pergi balik kampung la. Partner in crime gua dah cuak. Dia kata silap-silap ada yang tengok bola kat hospital kejap lagi. Dia terus letak duit tarik gua pergi kereta.

Gua rasa fuck sangat. Gua sebagai rakyat Malaysia nak tengok pasukan kebangsaan kita main pon susah. Gua peratikan semua kedai makan tayang game Indonesia lawan Thailand. Gua rasa tertindas. Cilaka ramai pendatang sekarang ni. Pastu dengan sesuka hati buat macam negara sendiri.

Last-last gua lepak dekat Hailam Kopitiam. Kat situ sangat tenang kerana rakyat Cina Malaysia tak peduli langsung tentang bolasepak Malaysia. Gua akhiri malam tu dengan pekena Chocolate Dinasaur. Serius tak sedap. Damn!! Oh, untuk pengetahuan lu orang gua pergi wusha dekat area Equin Park. So lepas ni kalau nak tengok bola ke hape ke, jangan datang sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan