Rabu, 14 Oktober 2009

IBU SEORANG PENIPU

cerita ini bermula sejak kecil. dilahirkan dalam keluarga yg sederhana. makan minum cuma ckup2. sebagai anak yg masih kecil saya sering merungut dan menangis kerana mahukan nasi dan lauk yg byk. tapi ibu cepat memujuk. ketika makan ibu memberikan sebahagian nasi dan lauknye kepada saya. sambil berkata "makanlah nk..ibu x lapar" - PEMBOHONGAN PERTAMA

semasa saya makin membesar ibu bekerja kuat untuk mencari duit untuk memberi kami makanan. dari hasil usaha keras ibu ke pasar membeli sedikit ikan. balik ke rumah dgn kepenatan ibu memasak gulai ikan yang sungguh mengundang selera. ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang. saya sedih dan pilu melihat ibu lalu saya memberikan ikan kepada ibu. ibu pon berkata "makanlah nk..ibu x suka makan ikan" - PEMBOHONGAN KEDUA

di usia awal remaja saya pada suatu dinihari saya terjaga dari tidur. saya melihat ibu sedang sibuk mengemaskan barang2 persekolahan saya dan adik bradik. mengemas rumah. saya berkata ibu tidurlah esok pagi kene g bekerja pula. ibu tersenyum dan berkata "cepatlah tidur nak ibu x ngantok lagi" - PEMBOHONGAN KETIGA

di hujung musim persekolahan ibu meminta cuti supaya dapat menemani saya ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. ketika hari sudah siang terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. ibu sering tersenyum ketika melihat saya. ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai ibu dgn segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan . melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. tapi ibu cepat2 menolak dan berkata "minumlah nak..ibu x haus" - PEMBOHONGAN KEEMPAT

setelah kakak dan abang habis belajar. ibu sudah semakin tua. kakak dan abg menyuruh ibu supaya berehat saja dirumah. tidak payah lagi bekerja untuk mencari duit. kakak dan abg sering kali mengirim kan wang kepada ibu untuk membantu memenuhi keperluan ibu. pun begitu ibu ttp bekeras tidak mahu menerima wang tersebut. malahan ibu mengirimkan balik wang tersebut kepada kakak dang abg dan ibu berkata "x payah susah2 nak..ibu masih ada duit" - PEMBOHONGAN KELIMA

setelah tamat pegajian saya mula dapat pekerjaan dikota. mempunyai rumah sendiri. dengan gaji yang agak lumayan saya berhajat membawa ibu untuk tinggal bersama. memberikan ibu kehidupan yang lebih selesa. ibu sudah byk bersusah payah untuk kami adeik beradik. sudah tiba masa nya untuk saya membalas jasa ibu. saya pon mengajak ibu untuk tinggal di kota. ibu yang baik hati menolak permintaan saya. ibu x nk menyusahkan anak ini dgn berkata "x payahlah..ibu x biasa tinggal di tempat org" - PEMBOHONGAN KEENAM

beberapa tahun ibu semakin tua. suatu malam saya menerima ibu diserang penyakit kanser. ibu mesti dibedah secepat mungkin.saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. ibu yang kelihatan sangat tua menatap wajah saya penuh kerinduan. ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit. saya menatap wajah ibu sambil belinangan air mata. saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pipi dan dahinya. di hati saya terlalu pedih dan sakit sekali melihat ibu dalam keaadan seperti ini ibu tetap tersenyum dan berkata "jangan menangis nak..ibu x sakit" - PEMBOHONGAN KETUJUH



p/s:ibu saya syg kt ibu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan