Isnin, 26 Oktober 2009

KERATAN DARI AKHBAR KOSMO





PULAU PINANG - Sentiasa mengamalkan makanan berasaskan sayur-sayuran menjadi rahsia kepada seorang wanita, I. Kalawanti yang didakwa sudah berumur 112 tahun dan dipercayai merupakan penduduk Malaysia paling tua setakat ini.

Menurut anaknya, S. Geeta Devi, 54, ibunya atau nama sebenar Parvathy yang berasal dari Kampung Punjab, India telah berkahwin dengan seorang peniaga sebelum datang ke Pulau Pinang selepas Perang Dunia Pertama pada awal 1920-an.

"Ibu hanya makan sayur-sayuran sepanjang umurnya dan akan sentiasa bergerak aktif. Itu merupakan rahsia ibu panjang umur," dedahnya kepada pemberita di sini semalam.

Geeta, yang bekerja sebagai peguam berkata, ibu mempunyai lapan orang anak, 13 cucu dan dua cicit tetapi masih mampu mengenali kesemua ahli keluarganya.

"Ibu suka bermain dengan tocangnya yang dihiasai bunga melur dan masih ceria walaupun berkerusi roda sejak 10 tahun lalu," ceritanya.

Difahamkan, ahli keluarganya telah melaporkan keistimewaan Kalawanti kepada pihak Malaysia Book of Records tetapi tidak dapat mengesahkan usianya kerana tiada sebarang dokumen kelahiran.


aku: jadah pe lak aku ni dah la mmg x mkn syur. klu mkn syur byk2 pon mati ttp mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan